Kenali Makanan Tempatan Melayu Yang Popular Di Malaysia

19 Sep 2022

Malaysia merupakan sebuah negara yang sudah menarik perhatian orang ramai terutamanya orang dari negara-negara asing untuk melawat dan memperoleh pengalaman yang puas hati.

Selain daripada tempat-tempat perlancongan yang menjadi tujuan orang ramai berlangkah ke destinasinya, Malaysia juga merupakan sebuah negara dimana makanan tempatan menarik minat dan memenuhi citarasa orang ramai.

Bagi topik hari ini, kita mahu membincangkan makanan tempatan yang dihidang oleh orang Melayu.

Golongan orang Melayu mempunyai prestasi yang baik dan memuaskan bagi juadah makanan tempatan yang pelbagai dan memenuhi citarasa orang ramai. kerana setiap makanan tempatan dikelaskan mengikut waktu juadah harian.

Oleh itu, marilah kita bersama mengenali dengan lanjut makanan tempatan orang Melayu yang kian popular di Malaysia hingga kini. Antaranya ialah:

1. Nasi Lemak

Sewaktu mata terbuka dan melihat langit yang cerah, diikuti dengan matahari bergerak ke atas berserta dengan kedengaran burung-burung berkicauan, tanda-tanda kecil menunjukkan hari sudah siang dan anda ingin mencari juadah untuk sarapan pagi.

Sarapan pagi tidak akan lengkap jika rakyat Malaysia tidak menikmati juadah nasi lemak. Makanan tempatan ini dihidangkan dengan kuah sambal merah di tepi, campuran ikan bilis goreng dan kacang, telur rebus dan dilengkapi dengan potongan timun.

Juadah ini tidak perlu diselidik, walhal sudah menjadi hidangan yang terkenal di mata dunia. Bukan sahaja menjadi sarapan kegemaran rakyat, namun sudah menarik minat orang-orang luar untuk menikmati kelazatannya.

2. Nasi Kerabu

Terkenal di kawasan-kawasan pantai Timur terutamanya Terengganu dan Kelantan, Nasi Kerabu merupakan antara makanan tempatan yang wajib dirasai.

Makanan tempatan ini dihidang dengan nasi berwarna biru, ditambah juga dengan ayam percik, telur masin, budu, serta ulam-ulaman.

3. Nasi Dagang

Selain daripada nasi kerabu, Nasi Dagang juga menjadi salah satu makanan yang popular di kalangan orang pantai Timur Malaysia. Makanan tempatan ini memnuhi keperluam khasiat dengan adanya nasi, ikan, serta acar.

Selain itu kaedah memasak juga begitu senang dan unik sepertii nasi yang direbus dengan rempah-rempah khas bagi mengeluarkan aroma yang menarik perhatian, dihidangkan pula dengan ikan seperti ikan tongkol yng kaya dengan protin serta acar timun.

Juadah ini sesuai untuk dihidangkan bagi majlis-majlis tertentu atau dijamu selera pada bila-bila masa.

4. Laksa

Tidak dinafikan juga makanan yang dihidangkan di bahagian Utara Malaysia, atau dikenali sebagai laksa merupakan hidangan berkuah yang popular.

Terdiri dengan elemen teristimewa seperti kaedah memasak dan kaedah menghidankan makanan, ia sudah cukup menarik perhatian dengan bau aroma dan rasanya.

Oleh kerana keupayaan untuk bercampur, kini laksa boleh dihidangkan dengan pelbagai variasi untuk dicuba.

5. Lemang

Makanan ini wajib dihidangkan pada waktu Hari Raya Aidilfitri, dimana orang Islam meraikan perayaan dengan keluarga serta saudara-mara.

Setelah golongan orang Islam Melayu selesai menjalankan ibadah, kembalilah mereka ke rumah dan menjemput tetamu untuk menikmati juadah Hari Raya, iaitu Lemang.

Makanan tempatan yang berasaskan beras pulut, satan dan garam, makanan ini juga dimasak dengan kaedah membakar secara perlahan-lahan sehingga isinya dimasak dalam buluh yang diselaput dengan daun pisang.

6. Ketupat

Ketupat merupakan simbolik bagi hari perayaang orang Islam, iaitu Hari Raya Aidilfitri. Tidak dinafikan juga ketupat merupakan menu utama bagi juadah hari raya.

Dengan kombinasi ketupat dan rendang ayam bagi Hari Raya sudah cukup kelazatannya, sudah menjadi bukti Hari Raya tidak akan meriah tanpa ketupat.

Makanan tempatan ini diperbuat daripada daun kelapa dan beras nasi dan terdapat dua jenis iaitu ketupat nasi dan ketupat palas.

Kesimpulan

Walaupun makanan tempatan kian tersohor sehingga kini, masih ada golongan yang lupa akannya dan memilih makanan moden kerana senang untu didapati dan kaedah memasak yang pantas.

Disebabkan generasi yang kurang gemar akan makanan tempatan, makin sukar untuk melepaskan tradisi dan memberi kewajipan kepada mereka untuk mendorong mereka gemar makanan tempatan.

Oleh itu, marilah kita bersama kekalkan amalam makan makanan tempatan kerana bukan sahaja juadah yang mudah untuk disediakan dan memnuhi citarasa khalayak ramai, ia juga merupakan warisan peninggalan nenek moyang kita yang tidak boleh diendahkan.

©2024 CRAFT La Sdn Bhd