Seni Lipatan Kertas Origami


No Rating
(0 Reviews)
Course Level
All Levels
Enrolled
67
Duration
1h

Origami adalah seni yang sangat menarik kerana ianya dapat menukar sekeping kertas biasa menjadi sebuah karya seni yang menarik. Origami adalah seni halus yang memerlukan kemahiran dan imaginasi kepada mereka yang membuatnya.

Apabila anda menukar sekeping kertas biasa dan menjadikannya sebuah karya seni, ianya dapat memberikan rasa kepuasan yang hebat kerana ianya adalah salah sebuah hobi yang murah dan mudah. Anda juga boleh melakukannya di mana-mana sahaja asalkan anda mempunyai sehelai kertas.

Kini, melalui Kraf La, anda juga boleh membuat Kertas Origami dengan corak idaman anda yang tersendiri.

Pecahan silibus bengkel origami

Di dalam bengkel origami ini, anda akan mempelajari tentang beberapa teknik asas origami dari tenaga pengajar kami yang berpengalaman. Tenaga pengajar kami akan membimbing anda sepanjang tempoh bengkel online ini berlangsung. Anda boleh STOP, REWIND, FORWARD dan PAUSE bengkel online ini mengikut kapasiti pembelajaran yang anda mahukan

▶ Pengenalan kepada Origami (Sejarah, asal dan kegunaan origami)
▶ Alatan dan kelengkapan (Kelengkapan untuk penyediaan origami)
▶ 5 teknik seni lipatan asas 
- Garisan Lipatan Lembah
- Garisan Lipatan Gunung
- Jejak Garisan Lipatan 
- Lipatan Terbalik
- Anak Panah Lipat ke depan atau ke belakang permukaan kertas

▶ Teknik-teknik asas mencanting (Teknik tebal, teknik nipis, teknik pointelism)
▶ 2 Base asas lipatan wau bulan (kincir angin & bom air)
▶ Langkah-langkah lipatan wau bulan mengugunakan wang kertas 
▶ Dan banyak lagi

DAPATKAN Sekarang dengan Harga RM50!

promosi 30 hari!

Mengenai tenaga Pengajar

Kenneth

Hai saya Kenneth, yang juga merupakan pengasas Persatuan Origami Malaysia dan Akademi Origami Malaysia. Saya mempunyai 41 tahun pengalaman dalam bidang lipatan dan dianggap sebagai bapa kepada Pembangunan Origami di Malaysia. Saya harap melalui bengkel dalam talian ini, pelajar saya boleh belajar cara membuat origami dengan cara yang berbeza. Jangan risau jika anda tidak pernah mencuba origami sebelum ini, saya pasti anda akan menikmati bengkel ini!

Soalan-soalan Lazim.

Saya tidak pernah menghadiri mana-mana kelas Origami sebelum ini, adakah kursus ini sesuai untuk saya?

★ Ya, kursus ini paling sesuai untuk mereka yang baru bermula dan tidak mempunyai pengetahuan tentang Origami. Pengajar kami akan mengajar anda secara terperinci dan akan menyediakan tutorial langkah demi langkah.

Bagaimana jika saya tidak tahu cara menyediakan alatan dan bahan?

★ Jangan risau! Pengajar profesional kami akan memperkenalkan semua peralatan, dan cara mendapatkannya akan disebut dalam kelas. 

Bagaimana jika saya tidak bersedia untuk menghadiri kelas pada masa tertentu?

★ Jangan risau! Kelas kami tidak terhad dan menawarkan akses seumur hidup setelah anda melakukan pembelian. Anda juga boleh memilih masa dan ruang pilihan anda sendiri untuk belajar

Bolehkah saya menghubungi pengajar untuk bertanya beberapa soalan khusus?

★ Ya, sudah tentu! Anda boleh bertanya soalan di bahagian komen, dan pengajar akan membantu anda menyelesaikan masalah anda secepat mungkin. 

MYR 50
MYR 150
Promo
67 / 30
MYR 50
MYR 150
©2024 CRAFT La Sdn Bhd