Jahitan Akordian Pouch


No Rating
(0 Reviews)
Course Level
All Levels
Enrolled
12
Duration
1h

Menjahit adalah satu hobi yang sangat menarik. Dengan menguasai teknik jahitan, anda boleh membuat banyak barangan yang menarik, seperti pakaian berfesyen dan barangan terpakai harian yang lain. Selain itu, teknik jahitan boleh membantu anda menjimatkan wang yang anda belanjakan untuk membuat barangan idaman anda sendiri. 

Kini, melalui Kraf La, anda juga boleh membuat Akordian Pouch anda yang tersendiri.

Silibus bengkel jahitan akordian pouch

Di dalam bengkel jahitan akordian pouchi ini, anda akan mempelajari tentang beberapa teknik asas jahitan dari tenaga pengajar kami yang berpengalaman. Tenaga pengajar kami akan membimbing anda sepanjang tempoh bengkel online ini berlangsung. Anda boleh STOP, REWIND, FORWARD dan PAUSE bengkel online ini mengikut kapasiti pembelajaran yang anda mahukan

Dalam kursus ini anda akan belajar teknik bermula dari teknik potong kain,  menggosok kain gam, cantuman, tindih kain dan juga cara pemakaian butang dengan mudah. Kita akan belajar teknik ini dari A hingga Z. Harap anda semua suka projek ini dan kita akan berjumpa di dalam kelas.

▶ Pengenalan kepada jahitan akordian pouch
▶ Alatan dan kelengkapan
▶ Teknik potongan kain 
▶ Teknik menggosok kain gam
▶ Teknik cantuman
▶ Teknik tindih kain 
▶ Teknik pemakaian butang
▶ Dan lain-lain

Harga asal RM150
DAPATKAN Sekarang dengan Harga RM50!

promosi 30 hari! Tarikh jangkaan pelancaran bengkel April 2022


Mengenai tenaga pengajar

Yee Yong

Saya telah mengajar jahitan selama lebih 8 tahun & mengajar lebih 10,000 pelajar . Saya mula menjahit sejak saya berumur 9 tahun, Sejak itu, saya telah menemui minat sebenar saya dalam seni jahitan. Saya telah memulakan pelajaran pengajaran rasmi pertama saya apabila saya berumur 16 tahun. Setelah saya menamatkan kolej saya, saya telah ke Taiwan untuk melanjutkan pelajaran dalam seni Patchwork, dan sejurus selepas saya pulang dari Taiwan, saya terus memulakan kerjaya sebagai guru jahitan sepenuh masa.

Soalan lazim bengkel jahitan akordian pouch

Saya tidak pernah menghadiri mana-mana kelas bengkel jahitan sebelum ini, adakah kursus ini sesuai untuk saya?
★ Ya, kursus ini paling sesuai untuk mereka yang baru bermula dan tidak mempunyai pengetahuan tentang jahitan. Pengajar kami akan mengajar anda secara terperinci dan akan menyediakan tutorial langkah demi langkah.

Bagaimana jika saya tidak tahu cara menyediakan alatan dan bahan?
★ Jangan risau! Pengajar profesional kami akan memperkenalkan semua peralatan, dan cara mendapatkannya akan disebut dalam kelas. 

Bagaimana jika saya tidak bersedia untuk menghadiri kelas pada masa tertentu?
★ Jangan risau! Kelas kami tidak terhad dan menawarkan akses seumur hidup setelah anda melakukan pembelian. Anda juga boleh memilih masa dan ruang pilihan anda sendiri untuk belajar

Bolehkah saya menghubungi pengajar untuk bertanya beberapa soalan khusus?
★ Ya, sudah tentu! Anda boleh bertanya soalan di bahagian komen, dan pengajar akan membantu anda menyelesaikan masalah anda secepat mungkin. Bukan itu sahaja, kami juga mempunyai ruang untuk anda mengenali lebih ramai pencinta kraf seperti anda. Semua pencinta kraf boleh menyertai komuniti dalam talian kami untuk berkongsi pemikiran dan kemahiran bersama-sama!

12
: 30
MYR 50
MYR 150
MYR 50
MYR 150
©2022 CRAFT La Sdn Bhd