Ketupat ialah sejenis hidangan daripada beras atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain. Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.
Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Kedua-dua jenis ketupat ini kebiasaannya akan dibungkus dengan daun kelapa.
Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu.
Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan ianya boleh dikukus dalam periuk biasa dan periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah.
Di Malaysia, ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran.
Kini, di CRAFT La, anda juga boleh mempelajari Teknik-teknik lipatan ketupat dan juga boleh membuat ketupat anda sendiri dari rumah.
Melalui bengkel kelas anyaman ketupat. Anda akan mempelajari teknik-teknik asas lilitan ketupat. Selain itu, anda juga akan belajar jenis-jenis lipatan ketupat, cara masukkan beras dan rebus ketupat. Kelas ini akan dibimbing oleh tenaga pengajar kami yang berpengalaman sepanjang tempoh bengkel online ini berlangsung.
Anda boleh STOP, REWIND, FORWARD, dan PAUSE bengkel online ini mengikut kapasiti pembelajaran yang anda mahukan.
▶ Pengenalan pada seni lipatan Ketupat
▶ Alatan dan kelengkapan
▶ Teknik-teknik asas lilitan Ketupat
▶ Jenis-jenis lipatan Ketupat
▶ Teknik masukkan beras dan rebus Ketupat
▶ dan lain-lain
▶ Mereka yang meminati seni anyaman ketupat
▶ Mereka yang ingin mempelajari seni lilitan ketupat
▶ Untuk menyerlah kreativiti anda
▶ Mereka yang ingin membuat ketupat dengan variasi yang tersendiri
Setelah mengikuti bengkel ini, anda akan mendapat:
▶ dapat mempelajari asas lukisan batik
▶ mengetahui teknik-teknik asas lilitan ketupat
▶ mengetahui teknik masukkan beras dan rebus ketupat
▶ mengisi masa lapang dengan aktiviti yang santai
Hi, saya Abdul Shukor Ismail, atau lebih dikenali sebagai Paktam, 74 tahun, dilahirkan dan dibesarkan di Johor. Saya mula belajar mengayam ketupat sejak kecil melalui nenek saya di Johor. Saya juga telah merantau ke Indonesia, Filipina, Selatan Thailand dan Vietnam untuk mempelajari Teknik ketupat yang lain. Saya telah meraih 2 pengiktirafan dari Malaysia Book of Record untuk Jahitan Alas Meja Terpanjang pada tahun 2017 dan Penghasilan Jenis Ketupat Yang Paling Banyak (33 Jenis) pada tahun 2022. Saya juga menawarkan kelas latihan dan bimbingan produk kraftangan seperti anyaman ketupat kepada masyarakat dalam dan luar negara.
★ Ya, kursus ini paling sesuai untuk mereka yang baru bermula dan tidak mempunyai pengetahuan tentang membuat anyaman ketupat. Pengajar kami akan mengajar anda secara terperinci dan akan menyediakan tutorial langkah demi langkah.
★ Jangan risau! Tenaga pengajar profesional kami akan memperkenalkan semua peralatan, dan cara mendapatkannya akan disebut dalam kelas.
★ Jangan risau! Kelas kami tidak terhad dan menawarkan akses seumur hidup setelah anda melakukan pembelian. Anda juga boleh memilih masa dan ruang pilihan anda sendiri untuk belajar
★ Ya, sudah tentu! Anda boleh bertanya soalan di bahagian komen, dan pengajar akan membantu anda menyelesaikan masalah anda secepat mungkin. Bukan itu sahaja, kami juga mempunyai ruang untuk anda mengenali lebih ramai pencinta kraf seperti anda. Semua pencinta kraf boleh menyertai komuniti dalam talian kami untuk berkongsi pemikiran dan kemahiran bersama-sama!