Seni lukisan Batik


No Rating
(0 Reviews)
Course Level
Beginner
Enrolled
92
Duration
1h

Batik merupakan salah satu kraftangan yang unggul di Malaysia. Batik merupakan merupakan satu jenis kain yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna.

Batik mula diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Di Malaysia, kepentingan batik menjadi ketara sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik sutera dijadikan pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan.

Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan kini batik juga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentuk dan rekahias pakaian fesyen terkini.

Kini, melalui Kraf La, anda juga boleh membuat Batik dengan corak idaman anda yang tersendiri.

Melukis corak batik sendiri mampu memberikan kepuasan yang tidak ternilai kepada anda.

Silibus Bengkel DIY kelas melukis batik

Di dalam bengkel penyediaan batik ini, anda akan mempelajari tentang beberapa teknik asas mencanting, mewarna dan menyiapkan batik, dengan tenang pengajar kami yang berpengalaman. Tenang pengajar kami akan membimbing anda sepanjang tempoh bengkel online ini berlangsung. Anda boleh STOP, REWIND, FORWARD dan PAUSE bengkel online ini mengikut kapasiti pembelajaran yang anda mahukan. 

▶ Pengenalan kepada Seni Batik (Sejarah, asal dan kegunaan batik)
▶ Alatan dan kelengkapan (Kelengkapan untuk penyediaan batik)

▶ Teknik-teknik asas mencanting (Teknik tebal, teknik nipis, teknik pointelism)
▶ Teknik mewarna batik (Plain, Tone, Tindanan, Garam, Silikat, Gula)
▶ Langkah-langkah penyediaan batik 
▶ Dan banyak lagi

Harga asal RM150
DAPATKAN Sekarang dengan Harga RM50!


Mengenai tenaga pengajar

Hi, saya Siti Sarah binti Maswan, pengasas Masde Batik House. Ditubuhkan pada tahun 2020 dan mula membuat sepenuh masa pada tahun 2021. Perniagaan utama saya adalah produk berasaskan batik dan juga menawarkan kelas latihan dalam industri batik.

Bengkel Asas Batik ini sesuai untuk:

➤ mereka yang meminati batik
➤ ingin menggayakan lukisan batik hasil tangan sendiri
➤ Untuk menyerlahkan daya kreativiti anda

Setelah mengikuti bengkel ini, anda akan dapat :

➤ dapat mempelajari asas lukisan batik
➤ mengetahui teknik mencanting
➤ mengetahui teknik asas mewarna
➤ mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyerlahkan kreativiti anda

MYR 50
MYR 150
Promo
92 / 30
MYR 50
MYR 150
©2024 CRAFT La Sdn Bhd