Seni Lipatan Tanjak


5.0 / 5.0
(3 Reviews)
Course Level
All Levels
Enrolled
114
Duration
1h

Tanjak adalah salah satu perlengkapan pakaian yang dipakai oleh bangsawan dan tokoh masyarakat Melayu di masa lalu. Pemakaian tanjak atau tengkolok atau destar ini dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu. Pemakaian busana ini pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, samping dan baju Melayu beserta keris selit.

Keperibadian identiti bangsa Melayu yang terkenal dengan sikap lemah lembut dan berbudi bahasa jelas terpancar dalam proses pembentukan tanjak yang memerlukan sikap sabar, kekemasan, kehalusan serta ketelitian. Proses penciptaan tanjak ini jelas menggambarkan daya kreativiti yang tinggi dalam masyarakat Melayu iaitu bentuk tanjak yang dicipta oleh tukang Melayu bukan sahaja indah dipandang tetapi mempunyai nilai estetika yang dapat dibanggakan.

Kini, melalui Kraf La, anda juga boleh membuat tanjak idaman anda sendiri dan ianya mampu memberikan kepuasan yang tidak ternilai kepada diri anda sebagai penggubah tanjak.

Silibus bengkel seni lipatan Tanjak 

Di dalam bengkel penyediaan seni lipatan tanjak ini, anda akan mempelajari tentang beberapa teknik asas lipatan tanjak dari tenaga pengajar kami yang berpengalaman. Selain itu, anda juga dapat mempelajari tentang bagaimana untuk menyediakan kain yang sesuai bagi membuat tanjak. Tenaga pengajar kami akan membimbing anda sepanjang tempoh bengkel online ini berlangsung. Anda boleh STOP, REWIND, FORWARD dan PAUSE bengkel online ini mengikut kapasiti pembelajaran yang anda mahukan. 

▶ Pengenalan kepada Tanjak (Sejarah, asal dan kegunaan tanjak)
▶ Alatan dan kelengkapan (Kelengkapan untuk penyediaan kain tanjak dan lipatan tanjak)
▶ Teknik membuat kain dasar (Kain songket, kain jenis A dan B)
▶ Teknik ikatan tanjak

  • Ayam patah kepak
  • Menyusur angina
  • Bulang bidang

▶ Langkah-langkah penyediaan 
▶ Dan banyak lagi

Pre order: Harga asal RM150
DAPATKAN Sekarang dengan Harga RM50!

promosi 30 hari! Tarikh jangkaan pelancaran bengkel April 2022

Mengenai tenaga Pengajar

Mohd Herin Bin Mansor

Saya telah menubuhkan Bin Mansor Resources, iaitu syarikat yang menawarkan penyediaan busana melayu lengkap. Saya berpengalaman dalam membuat tanjak dan busana melayu selama lebih dari 8 tahun. Saya juga telah banyak mengelolakan kelas latihan penyediaan busana Melayu. Melalui kelas ini, anda akan dapat mempelajari bagaimana membuat kain dasar itu sendiri ataupun kain tanjak, dan melipat 3 jenis tanjak iaitu ayam patah kepak, daripada negeri perak, balong raja dari Selangor dan satu tanjak pahlawan atau tanjak askar yang diberi nama Bulang Bidang. Saya harap melalui bengkel dalam talian ini, pelajar saya boleh belajar cara membuat tanjak dengan cara yang mudah. Jadi jangan lupa, jom sertai saya di bengkel seni lipatan tanjak anjuran Kraf La

Soalan lazim bengkel lipatan tanjak

Saya tidak pernah menghadiri mana-mana kelas seni mengarang tanjak sebelum ini, adakah kursus ini sesuai untuk saya?

★ Ya, kursus ini paling sesuai untuk mereka yang baru bermula dan tidak mempunyai pengetahuan tentang membuat mengarang tanjak. Pengajar kami akan mengajar anda secara terperinci dan akan menyediakan tutorial langkah demi langkah.

Bagaimana jika saya tidak tahu cara menyediakan alatan dan bahan?

★ Jangan risau! Tenaga pengajar profesional kami akan memperkenalkan semua peralatan, dan cara mendapatkannya akan disebut dalam kelas. 

Bagaimana jika saya tidak bersedia untuk menghadiri kelas pada masa tertentu?

★ Jangan risau! Kelas kami tidak terhad dan menawarkan akses seumur hidup setelah anda melakukan pembelian. Anda juga boleh memilih masa dan ruang pilihan anda sendiri untuk belajar

Bolehkah saya menghubungi pengajar untuk bertanya beberapa soalan khusus?

★ Ya, sudah tentu! Anda boleh bertanya soalan di bahagian komen, dan pengajar akan membantu anda menyelesaikan masalah anda secepat mungkin. Bukan itu sahaja, kami juga mempunyai ruang untuk anda mengenali lebih ramai pencinta kraf seperti anda. Semua pencinta kraf boleh menyertai komuniti dalam talian kami untuk berkongsi pemikiran dan kemahiran bersama-sama!

MYR 50
MYR 150
Promo
114 / 30
MYR 50
MYR 150
©2024 CRAFT La Sdn Bhd